Monday, July 13, 2009

Gone Missing



I don't quite understand and know what had happen in between...
but he suddenly just disappear...

no calls, no sms... no news...

just disappear...

it's been six days without news

why am I feeling so out of place?

am I exaggerating myself out?

Thursday, July 9, 2009

Happy Birthday to Me

Tuesday, July 7, 2009

.....


Wo ai ni...
Ni ai wo ma???

Friday, June 12, 2009

Family

P/S: Entry ni aku buat masa aku offline. Payah nak dapat internet sekarang nie. Harini baru ada kesempatan nak post.

Sekarang ni aku tengah busy duk menanda kertas exam. Lusa dah nak kena siap tapi ade 2 set lagi yang tak siap. Aku tak sepatutnya duk mengadap pc menaip entry ni. Tapi otak aku tengah berat...macam-macam masalah datang yang membuatkan aku tak leh nak fokus dengan apa yang aku tengah buat.

Memang masalah tu bukan masalah aku. Tapi serba-sedikit, tempias dia kena gak kat aku dan aku tak sampai hati nak tengok sebuah keluarga berpecah-belah sebab benda-benda kecik. Bukan sebab perempuan or lelaki lain...bukan sebab curang. Tapi sebab masing-masing keras kepala. Aku nak kata ’ego’, takut kang orang terlibat yang baca entry aku ni ngamuk plak kat aku. Tapi memang dah betul pun.

Maybe bila aku kata benda ni berlaku atas sebab-sebab kecik, orang terlibat tu akan bantah. Tapi ye lah...bak kata pepatah kan,’sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’. Kalau suami-isteri tak duduk satu rumah, perasaan kasih-sayang tu aku rasa kalau tak banyak pun, sikit tu sure gak hilang. Then kalau dah bergaduh, bila dah tak duduk satu rumah, memang payah nak berdamai balik. Macamana nak berdamai kalau jumpa pun jarang-jarang sekali.

Aku tau aku memang tak layak nak nasihatkan orang pasal masalah rumahtangga nih. Aku pun memang tak reti nak menasihatkan orang. Tapi bila dah kena tempias dia, aku jadi geram gak.

Masa bercinta, kalau bergaduh bleh plak bincang baik-baik. Bleh plak pujuk-memujuk. Tapi bila dah kawin? Masa bercinta, kalau boleh nak bersama 24 jam. Tapi bila dah kawin?

Haiz..pening kepala aku.

Nak cerai...dah pikir masak-masak ker? Dah buat semayang istikharah? Atau just ikut perasaan amarah?

Habis anak-anak apa cerita? Tak kesian ker? Kat sekolah aku tuh...budak-budak yang nakal dan bermasalah, boleh dikatakan kebanyakkannya dari broken family. Mak tah kemana, ayah tah kemana...duduk dengan nenek. Nak ke anak-anak jadi gitu? Aku kesian kat budak 2 orang tuh. Kecik lagi...bulan ni yang sulong baru nak masuk 2 tahun.

Tak boleh ke kita mengalah sikit demi anak-anak? Tak kemana keras hati kita tuh. Kalau kita nak cari salah orang, kita dah baiki ke salah kita ni? Memang kadang kita payah nak nampak salah pada diri kita ni. Dikelabui dengan ego plak lagi. Tapi bila orang tegur silap kita, kita terima dengan baik ker? Fikir-fikirkan lah.

Aku tau...yang pihak satu lagi pun ada silap dia jugak. Bukan aku kata dia takde silap..Cuma maybe sekarang ni dia tak nampak lagi. Ye lah...anak dah 2 orang...tapi berjimba-jimba macam orang bujang. Jenguk anak pun jarang-jarang. Yang tu aku pun tak setuju. Manusia kan...tak semua perfect. Kalau dalam bidang education pun kita ada istilah ’late bloomers’ kan?

Pikir lah betul-betul. Jangan ikutkan perasaan bila buat keputusan besar macam ni. Buat semayang istikharah bebanyak. Mintak Allah tunjukkan jalan terbaik untuk kita ngan keluarga kita. Panjatkan doa moga Allah lembutkan hati kita dan jugak pihak sebelah lagi tuh...moga kita dan dia diberi petunjuk dan hidayah.

Dan bagi pihak aku plak, semoga dengan apa yang terjadi ni, aku dapat perbaiki lagi diri aku dari pelbagai sudut.

Sunday, June 7, 2009

Wedding in Kuala Terengganu

Hari ni (Sabtu) aku pegi KT ngan mak aku. Mak aku memang setiap sabtu dia pegi KT sebab ada kelas Mengaji kat Tun Kelanai. Cuma hari ni aku tumpang sekaki sebab ada jemputan kenduri kawin member aku kat Marang.

Memula tu memang macam malas giler ba alif ba ya nak pegi sebab letih balik dari KL tak ilang lagi.Mana tak nya...malam Jumaat baru sampai dari KL, ari esoknya dah nak drive plak lagi ke KT. Aduyai...letih badan. Tapi aku gagahkan juga lemak-lemak badan aku ni supaya bangkit dari tilam yang empuk dan sejuk tuh sebab aku memang dah berniat nak pegi dari awal lagi.

Sepanjang perjalanan dari Kemaman ke KT, jalan penuh kereta. kejap kejap, selisih dengan kereta konvoi..kejap lagi, jumpa lagi keta konvoi..hari ni memang hari orang kawin sungguh. Macam takde hari lain jer dah nak kawin. Heheheh....

Setibanya kat institut Quran tuh, lepas drop mak aku ngan kawan dia ( Makcik Ton), aku menuju ke Giant. Baru la terhegeh-hegeh nak cari hadiah. Huhuuhu..time kat KL aritu tak teringat langsung nak cari hadiah. Sebelum aku memulakan acara aku mencari hadiah, aku pegi isi dulu perut aku. Tak sempat pagi tadi nak breakfast. Lepas dah kenyang, barula semangat sket aku nak cari hadiah. Abis Giant KT tuh aku pusing...Sket punye ramai orang duk mencari hadiah kawin...sama la macam aku. Yang beza nya, diorang ada clue nak cari hadiah apa. Aku je yang takde clue...puas aku pusing area pinggan mangkuk, alatan dapur, barangan letrik. Agaknya mamat Giant yang duk jaga kat area tu pun perasan asyik muka aku je kehulu-kehilir kat tempat tu sambil mulut terkumat-kamit duk membebel sensorang. Ye laa, orang lain ade geng nak mintak pendapat, nak bersembang...aku yang solo-molo nie sembang la sensorang diri aku. Last2 aku rembat bekas letak kek siap ngan set piring 4 biji. Tak taw la member aku tu suka ke tidak..tapi aku suka bekas tu sebab leh taruk kek n bleh tutup - very useful kalo kat rumah aku ni haa..

Siap beli tu, aku pun pegi ambik mak aku n solat dulu. sambil aku solat, sambil mak aku n makcik Ton bertungkus-lumus membalut kotak hadiah tu. heheheh...Lepas dah siap semua, kitorang pun menuju ke rumah member aku tuh (Siti Rodiah). Lepas salam-salam and balut nasi sepinggan, kitorg pun blah sebab ade lagi 1 kenduri nak attend kat Kemaman.

Hmm...kadang musim2 kawin ni membuatkan aku macam stress sket. Bukan stress pasal pa...tapi stress sebab bila g kenduri je, orang duk tanya2, "Dah Jue bila lagi?" hadoi...letih nak jawab la soalan tuh. Aku mampu sengih kerang wangi jer laa...Pastu siap kuar plak statement, "Tak elok tunggu lama-lama". Ewahh...patutnya tak payah tanya la soalan2 or statement2 gitu kat orang single2 nie..sentitip taw. tanya la kat kambing ker, kucing ker...diorang tak kisah sangat. Macam la aku ni gile tak nak kawin..tapi dah jodoh belum sampai nak wat cemana kan. Balik KL aritu pun mak sedara n nenek duk tanya2..hadoii..tensi..tensi guee. Cemana nak buat ek biar orang tak tanya kita pasal benda2 ni lagi ek?? Bleh nak tekanan darah aku....

Lima Hari di KeyEll

Lima hari tuuu...lima hari duk KL. Tetiap kali bangun tido, taik mata confirm tumbuh melata. Menunjukkan sket punya berabuk KL tuh. Isk...tak tahan den.

Lima hari tuh penuh dengan aktiviti...sampai ada aktiviti outing yang tak berkesampaian nak dijalankan. Hari Selasa, aku, Mcna, Mclong and 2 orang anak dia pegi amek result KISM kat maktab dia dulu - IPBA (Inst Perguruan Bahasa Antarabangsa). Then kitorang pegi plak area Ampang. Kononnya nak jumpa spupu la. Dia kata dia keje kat area Ampang. Akak aku ni dengan confident nye pegi la kat area Ampang Point. Ingatkan bleh la nak jumpa kat situ. Siap dah berebut-rebut parking dengan orang, skali sepupu tak reti la plak nak pegi Ampang Point. Actually dia baru jer keje KL...dalam 3 minggu baru dia kena transfer dari Hospital Alor Setar. So kitorang la kena pegi cari plak Hospital Ampang yang tak taw kat celah mana tuh. Dia pun kasi instruction tahapahapa..brapa kali laa berpatah2 balik. Last2 dengan keterroran kitorg mencari jalan dan mengikut instinct, akhirnya jumpa gak Hospital Ampang. Pheww~~


Lepas sembang-sembang ngan dia kejap, kitorang gerak naik dua kereta (termasuk ngan sepupu aku tuh) g ke IKEA. Sampai je IKEA, kitorg pelahap dulu sbb masing2 dah kebulur. Lepas dah ketat perut, kitorang pun memulakan perjalanan ke alam fantasi. Aku suka betul IKEA...bile masuk je IKEA ni, mula la berangan2 nak umah cantik camtu gak. Cett..banyak la sangat duit aku...Kitorg mostly window shopping jer sbb bawak Jazzie aku tu jer. Mana la nak muat barang byk2. Kesian plak Jazzie kalau kena bawak berat2.

Hari Rabu plak kitorg pegi umah Mak Long kat Cheras. Lepas sembang2, kitorang bertolak pegi umah Mak Ngah kat Jenderam Hulu (dekat ngan area Nilai). Disebabkan Mak Ngah tak berapa sihat, kitorg pun makan kat luar siap-siap sebab tak nak nyusahkan dia nanti. Sampai umah dia pun dah kul 9 p.m lebih...so masing-masing ambik queue nak mandi n solat. Lepas tu sembang2 and paling best skali, aktiviti tido. heheheh...Sejukkkkk...syioookkkk gilerrr....sebab rumah dia dalam area ladang getah.

Pagi Khamis tu plak aku, mama, adik n Mak Ngah g hantar McNa interview kat area2 tu gak. Kat Dengkil. Pastu kitorang breakfast kat luar terus. Balik jer, Mcna call kata dah siap interview. Tak sempat aku nak panas punggung, dah kena kuar balik g amek dia. Kali ni McLong n Adik jer yang ikut. Balik dari ambik Mcna, aku pun layan wayang lalok (tido daaa...) Ye la...dah brapa hari jadi driver..pancit gak aku nie. Sedar2, dah kul 12 lebih...terus siap kemas nak sambung perjalanan. Lepas smayang jamak zohor, kitorg pegi OU Mall. Jalan2 kat situ sementara nak tunggu kul 7 pm sbb Mak Chu balik keje pukul 7 lebih. Last2 kul 8 pm still lagi duk bertapa kat dalam tuh. huhuhuu...Mama sempat sambar sandal Scholl sepasang. Sepatutnya plan awal, mmg nak g umah Mak Chu kat Damansara Utama. Tapi aku ngan Mclong terlencong sket dari program sebenar. Mclong laa...dia sibuk nak jumpa dia pnye agen Mary Kay (Kak Fiza). McNa drop kitorg kat train station and diorg pegi umah Mak Chu dulu. Lepas jumpa Kak Fiza baru la aku ngan McLong pegi umah Mak Chu. tu pun dah lewat la gak..dalam kul 11 lebih. Kesian plak Mak Chu nak tido...esoknya dia keje plak.

Malam tu kitorang balik Selayang and tido umah Atok. Esok tengaharinya baru kitorang bertolak balik Kemaman. Plan aku nak jumpa Konjan (TI ex-schoolmate) ngan Daus (geng Ragnarok Online dedulu masa zaman muda..hehehe) terbengkalai. Sorry yerk korang, memang dah try nak squeeze schedule biar bleh jumpa korang. Tapi sebab ngan family, payah la sket kan. Lain la kalau aku g KL secara solo.

Tuesday, June 2, 2009

Holiday di Key Ell

Alahai....lagi2 g KL..lagi2 g KL...boring betul. kalau g KL time fulus byk sedap la gak nak shopping. tp ni poket pun penuh angin jer..baik tak yah. Baik balik Muar ker...best sket. Tapi takper laa...nak wat cemana kan dah kampung kat KL. terima je la hakikat (yuckss)

So skrang ni aku ade kat KL. baru jer malam tadi kul 10pm lebih sampai sini. bertolak pn dah lewat tadi. Masing2 mmg tak plan pn nak balik KL. tetiba je tengah syok buat taik mata pagi tadi, mak aku tanya, "Nak balik KL tak harini?" Aku pun yang mmg dah sedia boring duk kat umah (cewah, mcm takde kertas exam je untuk ditanda - ahh, pedulik! hehehehe...) and yang dah macam ketagih nak drive jejauh ni terus bangkit dari katil seraya berkata, " Ikut sukati laa. Angah tak kisah." Padahal dalam hati selok suka sebab dapat berjalan.

So bila masing2 dah confirm nak balik, tetiba akak aku pun sibuk gak nak join sama balik ngan anak2 dia tuh. Tapi dia kena siapkan key-in markah exam budak2 skolah dia dulu baru bleh bertolak balik. Dah la masa tu ada lagi kertas exam yang tak siap marking. Last2 dengan aku2 skali kena turun padang tanda kertas objektif. Nasib la kertas objektif jer. Kalau kertas subjektif sivik tuh, maunya aku main kasi jer 100% kat bebudak tuhh. Ye laa..mana la aku taw sivik2 ni. aku tak blajar n tak ngajar plak subjek tu walaupun aku semamangnya 'minah sivik'. hehehhe.....

So last2 lepas siap masak lunch, smyang zohor....naik plak ke smayang asar baru la bertolak. Pastu siap bleh buat U-turn plak sbb mak terlupa nak beli keropok yg mak sedara pesan. Sabau jer laa.... dah la anak sedara lepas sorang, sorang plak berak. brapa kali kena benti kat RnR daa...then nak uji plak tahap kesabaran aku time bila aku jeling je, minyak keta dah nak E. time tu baru jer masuk highway Karak. Berderau gak la darah aku kut aku plak nnt kena tolak keta naik bukit sebab minyak abis. Mau mati terberak aku...tapi nasib baik la Allah masih sayang kat aku nih. sempat la gak sampai Genting Sempah tu nak refill petrol. Maunya tak sempat...slow giler aku bawak. abis semua keta potong aku. hehehe...idak ler semua. tapi majoriti laa..dahtu siap off aircond nak save minyak. Nasib..nasib..moral of the story, kelih awal2 level minyak tu sebelum masuk highway. Jangan terlupa. huhuhu....

Sampai umah nenek, aku terus bantai nasi lemak sebungkus. Lapor sebab tak makan dari tengahari. Masak je lebih...makannya idok. Lepas makan, sembang2 ngan Mak Yah and Atok aku. Oh yer..masa singgah kat Petronas Gambang, aku sempat sambar sehelai t-shirt promo Transformers kaler itam. RM9.90 sehelai...aku ingat nak beli cap dia laa..cun gak kalo pakai time aktiviti padang.

So, FYI (For Your Info), aku akan berada di KL sampai hari Khamis. takpun sampai hari Jumaat...insyaallah. Korang free?? Jom aa jumpa..aku kangen sama kalian T__T