Friday, June 12, 2009

Family

P/S: Entry ni aku buat masa aku offline. Payah nak dapat internet sekarang nie. Harini baru ada kesempatan nak post.

Sekarang ni aku tengah busy duk menanda kertas exam. Lusa dah nak kena siap tapi ade 2 set lagi yang tak siap. Aku tak sepatutnya duk mengadap pc menaip entry ni. Tapi otak aku tengah berat...macam-macam masalah datang yang membuatkan aku tak leh nak fokus dengan apa yang aku tengah buat.

Memang masalah tu bukan masalah aku. Tapi serba-sedikit, tempias dia kena gak kat aku dan aku tak sampai hati nak tengok sebuah keluarga berpecah-belah sebab benda-benda kecik. Bukan sebab perempuan or lelaki lain...bukan sebab curang. Tapi sebab masing-masing keras kepala. Aku nak kata ’ego’, takut kang orang terlibat yang baca entry aku ni ngamuk plak kat aku. Tapi memang dah betul pun.

Maybe bila aku kata benda ni berlaku atas sebab-sebab kecik, orang terlibat tu akan bantah. Tapi ye lah...bak kata pepatah kan,’sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’. Kalau suami-isteri tak duduk satu rumah, perasaan kasih-sayang tu aku rasa kalau tak banyak pun, sikit tu sure gak hilang. Then kalau dah bergaduh, bila dah tak duduk satu rumah, memang payah nak berdamai balik. Macamana nak berdamai kalau jumpa pun jarang-jarang sekali.

Aku tau aku memang tak layak nak nasihatkan orang pasal masalah rumahtangga nih. Aku pun memang tak reti nak menasihatkan orang. Tapi bila dah kena tempias dia, aku jadi geram gak.

Masa bercinta, kalau bergaduh bleh plak bincang baik-baik. Bleh plak pujuk-memujuk. Tapi bila dah kawin? Masa bercinta, kalau boleh nak bersama 24 jam. Tapi bila dah kawin?

Haiz..pening kepala aku.

Nak cerai...dah pikir masak-masak ker? Dah buat semayang istikharah? Atau just ikut perasaan amarah?

Habis anak-anak apa cerita? Tak kesian ker? Kat sekolah aku tuh...budak-budak yang nakal dan bermasalah, boleh dikatakan kebanyakkannya dari broken family. Mak tah kemana, ayah tah kemana...duduk dengan nenek. Nak ke anak-anak jadi gitu? Aku kesian kat budak 2 orang tuh. Kecik lagi...bulan ni yang sulong baru nak masuk 2 tahun.

Tak boleh ke kita mengalah sikit demi anak-anak? Tak kemana keras hati kita tuh. Kalau kita nak cari salah orang, kita dah baiki ke salah kita ni? Memang kadang kita payah nak nampak salah pada diri kita ni. Dikelabui dengan ego plak lagi. Tapi bila orang tegur silap kita, kita terima dengan baik ker? Fikir-fikirkan lah.

Aku tau...yang pihak satu lagi pun ada silap dia jugak. Bukan aku kata dia takde silap..Cuma maybe sekarang ni dia tak nampak lagi. Ye lah...anak dah 2 orang...tapi berjimba-jimba macam orang bujang. Jenguk anak pun jarang-jarang. Yang tu aku pun tak setuju. Manusia kan...tak semua perfect. Kalau dalam bidang education pun kita ada istilah ’late bloomers’ kan?

Pikir lah betul-betul. Jangan ikutkan perasaan bila buat keputusan besar macam ni. Buat semayang istikharah bebanyak. Mintak Allah tunjukkan jalan terbaik untuk kita ngan keluarga kita. Panjatkan doa moga Allah lembutkan hati kita dan jugak pihak sebelah lagi tuh...moga kita dan dia diberi petunjuk dan hidayah.

Dan bagi pihak aku plak, semoga dengan apa yang terjadi ni, aku dapat perbaiki lagi diri aku dari pelbagai sudut.

7 comments:

shygurl said...

juju...

mmg malaskan tanda kertas, aku slalu susun 5 5.. psikologi

bila dh habis 5, aku akan tgk dan kata..hah ada lg 5 (pdhl ada lg 3 set lg, 3 kali 5 = 25)

slalu aku tanda masa aku tgh mood ok, jd aku akan pemurah dan tidak berkira. Kalau aku tanda time stress, x tau laa. Lecturer aku pesan kalau nak tanda kertas, emosi kena stabil

Kojue said...

mmg malas giler...especially kalau ketas essay. dah la sorang sampai 3 essays. nak golek aku baca...

hg tu asyik main psikologi jer...mcm la tak taw hakikat sebenar. hehehe...

aku pun mmg tanda ketas time mood ok jer. kalau tak nanti aku tak berlaku adil. nnt kesian kat bebudak yg aku kasi markah time mood aku suxx tuh.

payah kan nak berlaku adil...

shygurl said...

ya la, apa guna belajar psikologi pendidikan kan

tu la aku tanda essay pn nk tmuntah, suruh buat 3, sampai 5 depa buat karangan. Mcm karangan spm plak tu

Mohd Izwan Ismail said...

:-|

Kojue said...

wah..rajin betul anak murid cik zai***rina yerk...suh buat 3, g buat smp 5. sayang betul diorg kat cik nih. hehehehe...

shygurl said...

seb baik x letak nama penuh aku
dh la kemarin dulu ada org google nama aku, kt perlis plak tu. Satgi kantoi aku dk mengutuk ex bos aku

Kojue said...

wakkaka..tu sure KJ hang yg google kut. kalu x sapa lagi....takkan student hg plak rajin beno wat assignment.hehehe...