Sunday, June 7, 2009

Lima Hari di KeyEll

Lima hari tuuu...lima hari duk KL. Tetiap kali bangun tido, taik mata confirm tumbuh melata. Menunjukkan sket punya berabuk KL tuh. Isk...tak tahan den.

Lima hari tuh penuh dengan aktiviti...sampai ada aktiviti outing yang tak berkesampaian nak dijalankan. Hari Selasa, aku, Mcna, Mclong and 2 orang anak dia pegi amek result KISM kat maktab dia dulu - IPBA (Inst Perguruan Bahasa Antarabangsa). Then kitorang pegi plak area Ampang. Kononnya nak jumpa spupu la. Dia kata dia keje kat area Ampang. Akak aku ni dengan confident nye pegi la kat area Ampang Point. Ingatkan bleh la nak jumpa kat situ. Siap dah berebut-rebut parking dengan orang, skali sepupu tak reti la plak nak pegi Ampang Point. Actually dia baru jer keje KL...dalam 3 minggu baru dia kena transfer dari Hospital Alor Setar. So kitorang la kena pegi cari plak Hospital Ampang yang tak taw kat celah mana tuh. Dia pun kasi instruction tahapahapa..brapa kali laa berpatah2 balik. Last2 dengan keterroran kitorg mencari jalan dan mengikut instinct, akhirnya jumpa gak Hospital Ampang. Pheww~~


Lepas sembang-sembang ngan dia kejap, kitorang gerak naik dua kereta (termasuk ngan sepupu aku tuh) g ke IKEA. Sampai je IKEA, kitorg pelahap dulu sbb masing2 dah kebulur. Lepas dah ketat perut, kitorang pun memulakan perjalanan ke alam fantasi. Aku suka betul IKEA...bile masuk je IKEA ni, mula la berangan2 nak umah cantik camtu gak. Cett..banyak la sangat duit aku...Kitorg mostly window shopping jer sbb bawak Jazzie aku tu jer. Mana la nak muat barang byk2. Kesian plak Jazzie kalau kena bawak berat2.

Hari Rabu plak kitorg pegi umah Mak Long kat Cheras. Lepas sembang2, kitorang bertolak pegi umah Mak Ngah kat Jenderam Hulu (dekat ngan area Nilai). Disebabkan Mak Ngah tak berapa sihat, kitorg pun makan kat luar siap-siap sebab tak nak nyusahkan dia nanti. Sampai umah dia pun dah kul 9 p.m lebih...so masing-masing ambik queue nak mandi n solat. Lepas tu sembang2 and paling best skali, aktiviti tido. heheheh...Sejukkkkk...syioookkkk gilerrr....sebab rumah dia dalam area ladang getah.

Pagi Khamis tu plak aku, mama, adik n Mak Ngah g hantar McNa interview kat area2 tu gak. Kat Dengkil. Pastu kitorang breakfast kat luar terus. Balik jer, Mcna call kata dah siap interview. Tak sempat aku nak panas punggung, dah kena kuar balik g amek dia. Kali ni McLong n Adik jer yang ikut. Balik dari ambik Mcna, aku pun layan wayang lalok (tido daaa...) Ye la...dah brapa hari jadi driver..pancit gak aku nie. Sedar2, dah kul 12 lebih...terus siap kemas nak sambung perjalanan. Lepas smayang jamak zohor, kitorg pegi OU Mall. Jalan2 kat situ sementara nak tunggu kul 7 pm sbb Mak Chu balik keje pukul 7 lebih. Last2 kul 8 pm still lagi duk bertapa kat dalam tuh. huhuhuu...Mama sempat sambar sandal Scholl sepasang. Sepatutnya plan awal, mmg nak g umah Mak Chu kat Damansara Utama. Tapi aku ngan Mclong terlencong sket dari program sebenar. Mclong laa...dia sibuk nak jumpa dia pnye agen Mary Kay (Kak Fiza). McNa drop kitorg kat train station and diorg pegi umah Mak Chu dulu. Lepas jumpa Kak Fiza baru la aku ngan McLong pegi umah Mak Chu. tu pun dah lewat la gak..dalam kul 11 lebih. Kesian plak Mak Chu nak tido...esoknya dia keje plak.

Malam tu kitorang balik Selayang and tido umah Atok. Esok tengaharinya baru kitorang bertolak balik Kemaman. Plan aku nak jumpa Konjan (TI ex-schoolmate) ngan Daus (geng Ragnarok Online dedulu masa zaman muda..hehehe) terbengkalai. Sorry yerk korang, memang dah try nak squeeze schedule biar bleh jumpa korang. Tapi sebab ngan family, payah la sket kan. Lain la kalau aku g KL secara solo.

2 comments:

noddz said...

oowhh..kutuks aku ya...
sabo2..sebaik artu g keje aku jln baik punye.hafal makyah bgi direction..huhu

Kojue said...

aparaaa...jalan macam kacang pis tu pun payah benor nak hapal. hehehe...kesian kat kitorg berpusing2 taw. sket jer lagi nak singgah kat balai polis mintak tolong diorang escort kan.huhuhuu....